e-learning: Belajar Bahasa Bidayuh Serian Dan Bahasa Iban

22 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Rabu – 21 June 2021, Pusat Internet Komuniti Lubok antu dan Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong telah bekerjasama untuk mengadakan live yang memberi pengetahuan dalam mempelajari Bahasa Bidayuh Serian dan Bahasa Iban. Siaran tersebut telah dibuat melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong selama satu jam, bermula pada pukul 11:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari.

Objektif utama perkongsian tersebut ialah untuk memperkenalkan dan mempelajari Bahasa Bidayuh Serian dan juga Bahasa Iban. Kemampuan berfikir dan bertutur dalam pelbagai Bahasa amatlah perlu agar persefahaman itu dapat dicapai dengan lebih mudah terutamanya apabila berkomunikasi dengan berlainan bangsa. Pusat Internet Komunti memberikan sedikit perkongsian yang boleh dimanfaatkan bersama dalam menambahkan ilmu pengetahuan. Selain daripada itu, topik tersebut juga dapat memberikan akses yang lebih luas kepada Pendidikan dan maklumat sekiranya mempelajari lebih daripada satu Bahasa. Sebagai tambahan, mempelajari banyak Bahasa juga dilihat sebagai satu alternatif untuk membangunkan sikap yang lebih positif kepada budaya atau negara. Diharapkan dengan perkongsian ini sedikit-sebanyak dapat membantu mereka yang baru hendak memulakan cabaran belajar Bahasa asing.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Sesi pengenalan kepada Bahasa Bidayuh & Bahasa Iban
  • Perkongsian tentang maksud perkataan dan ayat dalam setiap Bahasa
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali