Program Klik Dengan Bijak – Hak & Tanggungjawab Warga Digital

16 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Rabu – 15 Disember 2021, PEDi Lubok Antu telah mengadakan Program Klik Dengan Bijak yang berkaitan dengan topik hak dan tanggungjawab warga digital. Program ini telah diadakan hasil kerjasama dengan pihak PEDi PPR Batu Gong yang berlangsung selama 1 jam. Program ini bermula pada pukul 9:00 pagi hingga 10:00 pagi dan telah diadakan secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet. Seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Giatmara Siburan telah menyertai program tersebut.

Objektif utama program ini diadakan bertujuan untuk berkongsi dengan peserta tentang apakah peranan dan hak mereka sebagai pengguna digital. Selain daripada itu, peserta juga diberikan pendedahan dengan sejarah dan tanggungjawab Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam mengawal selia peraturan industri terutamanya untuk sektor komunikasi dan multimedia. Di samping itu juga, PEDi Lubok Antu turut berkongsi tentang beberapa contoh jenayah siber yang semakin bergiat aktif contohnya seperti penipuan, pencerobohan, virus, perisian pengintip dan lain-lain. Peserta juga turut diberikan pengetahuan tentang tindakan dan bahan bukti yang boleh diambil sekiranya berhadapan dengan masalah jenayah siber dan beberapa info ringkas tentang pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengendalikan masalah jenayah siber. Sebagai tambahan peserta turut diberi peluang untuk bertanyakan beberapa soalan. Program tersebut telah diadakan dengan jayanya.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Pengenalan kepada Program Klik Dengan Bijak
  • Perkongsian tentang topik Hak dan Tanggungjawab Warga Digital
  • Sesi soal jawab
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali