Tutorial Permohonan Insentif Bayar Balik PTPTN
16 November 2021 | Aktiviti Terkini
Pada Isnin – 15 November 2021, Pusat Internet Komuniti Lubok Antu telah membuat tutorial permohonan Insentif Bayar Balik PTPTN secara dalam talian di Facebook Pages PIK Lubok Antu. Objektif utama tutorial adalah untuk mendedahkan komuniti setempat dengan insentif kerajaan dalam usaha meringgankan beban peminjam.
Dalam tutorial ini, peserta telah dijelaskan tentang diskaun bayar balik PTPTN yang telah diumumkan pada rancangan bajet 2022. Setelah itu diikuti dengan tutorial cara membuat permohonan Insentif Bayaran Balik sebanyak 10% melalui direct debit. Tambahan pula, peserta juga telah didedahkan dengan cara membuat carian yang tepat pada Google dan langkah-langkah yang perlu dilakukan semasa membuat permohonan.
Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Pengenalan
2. Tayangan Video rancangan bajet 2022 berkaitan dengan PTPTN
3. Sesi tutorial permohonan Insentif Bayar Balik PTPTN
4. Bersurai
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: