E-Learning (Google Meet)

13 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat – 12 March 2021, Pusat Internet Komuniti Lubok Antu telah mengadakan kelas asas E-Learning Google Meet yang telah dihadiri oleh 3 orang pelajar dari sekitar Lubok Antu. Kelas tersebut telah berlangsung dari pukul 9:30 pagi hingga 10:30 pagi bertempat di Pusat Internet Lubok Antu.

Kelas ini diadakan atas permintaan para pelajar Politeknik dan Uitm yang memanfaatkan Google Meet bagi tujuan PDPR. Dalam kelas tersebut para pelajar telah dibimbing dalam menggunakan Google Meet bagi tujuan pembelajaran secara atas talian. Selain itu, sebagai langkah permulaan para peserta telah didedahkan dengan cara mendaftar akaun Google Meet terlebih dahulu sehingga ditunjukan cara penggunaan serta fungsi setiap butang yang terdapat pada aplikasi tersebut. Tambahan pula, pelajar juga didedahkan dengan cara menjadi host meeting dan mengambil link untuk diagihkan kepada rakan-rakan yang lain. Kelas ini membantu memudahkan pelajar menguasai penggunaan Google Meet bagi tujuan proses pembelajaran dan pengajaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali