Tutorial Permohonan I-Citra KWSP
10 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini
Pada Jumaat – 9 Ogos 2021, Pusat Internet Komuniti Lubok Antu telah membuat tutorial permohonan I-Citra KWSP secara dalam talian di Facebook Pages PIK Lubok Antu. Objektif tutorial adalah untuk mendedahkan kepada komuniti sekitar Lubok Antu dengan cara-cara membuat permohonan I-Citra KWSP bagi yang berkeperluan untuk mengeluarkan dana tabungan di KWSP semasa penularan pandemik Covid-19 ini.
Tutorial pendek ini menerangkan cara-cara membuat permohonan, mendedahkan jawapan yang perlu dipilih sebagai sebab pengeluaran KWSP dan memastikan akaun bank pemohon atau penama sahaja digunakan untuk menyalurkan dana tersebut. Penama atau pengguna juga dinasihatkan supaya mendaftar dahulu nombor telefon bimbit di kiosk KWSP untuk tujuan pendaftaran i-akaun sebelum membuat permohonan bagi memastikan nombor OTP masuk ke telefon anda. Tutorial ini diharapakan dapat memberikan sedikit informasi dan juga dapat dijadikan sebagai sumber rujukan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: