Berita PIK 13 Mac 2021 - Microsoft Publisher (Risalah)

14 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu – 13 Mac 2021, Pusat Internet Komuniti Lubok Antu telah mengadakan kelas yang berlangsung selama 30 minit. Kelas yang bermula pada pukul 10:00 pagi hingga 10:30 pagi tersebut dihadiri oleh 2 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Antu. Kelas tersebut memberi focus kepada pembelajaran untuk membuat risalah menggunakan Microsoft Publisher.

Sebagai pengenalan, pelajar telah diberikan pengenalan ringkas kepada risalah dimana ianya bermaksud kepada bahan-bahan edaran atau siaran. Risalah memberi maklumat dan penerangan terperinci tentang sesuatu produk berkaitan dengan institusi yang diwakilinya. Di samping itu, beberapa contoh risalah yang terdapat di internet telah digunakan sebagai rujukan mereka semasa membuat risalah. Sepanjang latihan, para pelajar juga bebas untuk mempamerkan kreativi masing-masing. Pada waktu yang sama juga pelajar telah diperkenalkan dengan komponen yang terdapat di dalam Microsoft publisher seperti office button, quick access toolbar, tab menu, title bar dan lain-lain komponen. Sebagai tambahan, pelajar juga telah diajar cara-cara untuk memasukkan gambar, bentuk dan text yang dikehendaki.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Pengenalan
  • Latihan menghasilkan risalah
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali