Kelas Asas Microsoft Word (Penyuntingan Gambar)

14 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu – 13 Mac 2021, Pusat Interner Lubok Antu telah mengadakan Kelas Asas penyuntingan gambar menggunakan Microsoft Word. Kelas tersebut telah diadakan selama 30 minit iaitu bermula pada pukul 2:30 petang hingga 3:00 petang. Kelas tersebut telah disertai oleh 2 orang peserta dari sekitar Lubok Antu.

Dalam kelas ini, peserta telah didedahkan dengan asas penyuntingan gambar menggunakan Microsoft Word. Antaranya adalah cara membuang latar belakang, mengatur kecerahan gambar, mengubah ton warna dan menggunakan kesan artistik pada gambar. Selain itu, peserta juga diajar cara melayari Google serta cara untuk memuat turun gambar bagi tujuan penyuntingan. Di samping itu, peserta telah dibimbing untuk dengan cara menyusun atur reka letak gambar yang bersesuaian serta diajar cara mengubah latar belakang gambar. Tambahan pula, sebagai aktiviti tambahan peserta telah diberikan ceramah ringkas dan tayangan video buli siber.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Ceramah dan tayangan ringkas video Buli Siber
  • Pengenalan kepada Ms Word dan Penyuntingan Video
  • Latihan menggunakan Ms Word
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali