Berita PIK 9 Februari 2021 - E-Learning (Daftar QR Code MySejahtera)
10 Februari 2021 | Aktiviti Terkini
Pada Selasa – 9 Februari 2021, Pusat Internet Lubok Antu telah membuat satu sesi perkongsian bagaimana cara untuk mendaftar sebagai pengguna MySejahtera. Kelas ini diadakan selaras dengan permintaan yang tinggi dalam kalangan ahli atau pengguna MySejatera yang menggunakan perkhidmatan di PIK Lubok Antu untuk membuat pendaftaran. Kelas yang berlangsung dari pukul 3:30 petang sehingga 4:30 petang ini telah dihadiri sebanyak 8 orang ahli PIK Lubok Antu.
Seperti yang kita sedia maklum, MySejahtera digunakan sebagai aplikasi wajib dalam kalangan rakyat Malaysia. Oleh itu PIK Lubok Antu telah berkongsi bagaimana cara untuk mendaftar dan membuat Kod QR. Pendaftaran MySejahtera Check-In adalah untuk perniagaan, premis, pengangkutan awam dan lain-lain, bagi mendapat dan memaparkan Kod QR MySejahtera. Pengguna MySejahtera pula boleh menggunakan Pengimbas Kod QR MySejahtera yang terkandung dalam aplikasi tersebut untuk mengimbas Kod QR yang dipaparkan.Antara perkara utama yang diberi perhatian ialah langkah-langkah untuk mendaftar akaun baru. Selain daripada itu, setiap maklumat yang diisi juga turut sama diberi perhatian agar tiada sebarang kesilapan sepanjang sesi pendaftaran.
Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
- Pengenalan kepada MySejahtera
- Langkah untuk membuka akaun baru
- Cara untuk mendapatkan kod QR
- Bersurai
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: