Kelas Asas ICT Microsoft Word
27 Jun 2020 | Aktiviti Terkini
Pada Jumaat – 26 Jun 2020, Pusat Internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas asas ICT Microsoft Word. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan disertai oleh seorang belia tempatan Lubok Antu. Kelas ini diadakan di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk mengetengahkan golongan ini kepada kepada asas pembelajaran dalam Microsoft Word. Objektif pembelajaran kelas ini ialah untuk mengenalpasti nama dan fungsi setiap komponen. Selain itu, belia juga turut diajar cara membuat, mengedit dan menyimpan dokumen baru. Disamping itu juga, peserta telah mempelajari cara membuat format text dan style, memasukkan header, footer dan grafik ke dalam dokumen.
Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
- Ceramah dan tanyangan video Klik Dengan Bijak
- Pengenalan kepada Microsoft Word
- Latihan kepada Microsoft word
- Bersurai
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: