Kelas Asas ICT Microsoft Word

27 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat – 26 Julai 2020, Pusat Internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas asas ICT Microsoft Word. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan disertai oleh pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah sekitar Lubok Antu. Kelas ini diadakan di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk mengetengahkan golongan ini kepada asas penggunaan dalam Microsoft Word. Dalam kelas ini, para pelajar telah diarahkan dan di dedahkan dengan cara menghasilkan kad jemputan. Tambahan pula, para peserta dibenarkan untuk mengekplorasi manfaat template kad jemputan yang sedia ada. Sebagai aktiviti tambahan, pelajar telah ditayangkan video Klik Dengan Bijak iaitu Buli Siber.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Ceramah dan tanyangan video Klik Dengan Bijak
  • Pengenalan kepada Microsoft Word
  • Latihan kepada Microsoft word
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali