Program Keusahawanan PIK Lubok Antu (StreamYard)

9 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad – 8 November 2020, Pusat Internet Komuniti Lubok Antu telah mengadakan Facebok live keusahawanan menggunakan aplikasi StreamYard. Program tersebut telah diadakan pada jam 3.30 petang hingga 4.00 petang. Selaras dengan Norma baru, pihak PIK Lubok Antu telah membantu para usahawan terutamanya di Lubok Antu untuk mempromosikan produk jualan mereka secara dalam talian.

Selain itu, usahawan yang diketengahkan pada kali ini ialah Puan Norina Anak Bunyam dengan produk beliau iaitu Honey Prince Madu Kelulut. Antara penekanan yang didedahkan semasa live tersebut ialah pengenalan kepada Honey Prince Madu Kelulut dan memberi maklumat jenis produk yang dipasarkan. Di samping itu, semasa live tersebut maklumat tentang bagaimana cara untuk mendapatkan produk Honey Prince Madu Kelulut juga telah dikongsikan.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Pengenalan kepada usahawan dan produk Honey Prince berasaskan Madu Kelulut
  • Memberi maklumat tentang jenis produk Honey Prince Madu Kelulut yang dipasarkan
  • Sesi soal jawap antara usahawan dan staf PIK Lubok Antu
  • Menyatakan cara untuk mendapatkan produk Honey Prince Madu Kelulut
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali