Ceramah Klik Dengan Bijak

8 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu – 7 November 2020, Pusat Internet Lubok Antu telah mengadakan Ceramah Klik Dengan Bijak iaitu Maklumat Palsu melalui Facebook Live StreamYard. Ceramah ini telah bermula pada jam 2.30 petang hingga 3.00 petang. Pada ceramah ini, Pengurus Pusat Internet Komuniti Lubok Antu telah berkongsi video dan slaid Maklumat Palsu. Ceramah ini adalah bertujuan untuk berkongsi tentang jenis-jenis maklumat yang tidak tepat, mitos internet, contoh maklumat palsu dan kemudaratan yang akan timbul jika penyebaran maklumat palsu tidak dibendung. Selain itu, Pengurus PIK Lubok Antu juga berkongsi tentang laman Facebook rasmi yang lebih sahih untuk menjadi rujukan para pengguna. Kesimpulannya, ceramah ini adalah bagi membangkitkan kesedaran tentang perlunya menjadi pengguna internet yang bijak.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Tayangan video KDB (Maklumat Palsu)
  • Pengenalan dan ceramah Maklumat Palsu
  • Perkongsian tentang laman Facebook rasmi untuk rujukan komuniti
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali