Kelas Asas ICT Microsoft PowerPoint

2 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu – 01 Ogos 2020, Pusat Internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas asas ICT Microsoft PowerPoint pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Kelas yang diadakan ini bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu dan disertai oleh pelajar sekolah rendah dan menengah di sekitar kawasan Lubok Antu.

Fokus utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan kepada golongan muda tentang penggunaan Microsoft PowerPoint. Antara perkara yang diberi keutamaan ialah, para pelajar telah diajar bagaimana cara untuk memasukkan video dan audio ke dalam Microsoft PowerPoint. Selain itu, pelajar juga telah diberi tunjuk ajar untuk merakam audio suara sendiri ke dalam tugasan mereka. Di samping itu, peserta juga turut digalakkan untuk membuat carian video dan audio di internet untuk tujuan carian maklumat yang lebih efektif. Sebagai aktiviti tambahan, pelajar telah ditayangkan video Klik Dengan Bijak iaitu Berkongsi secara berlebihan.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Ceramah dan tanyangan video Klik Dengan Bijak
  • Pengenalan kepada Microsoft PowerPoint
  • Latihan Microsoft PowerPoint
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali