Kelas Asas ICT Microsoft Excel

27 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat – 26 Jun 2020, Pusat Internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas asas ICT Microsoft Excel yang diadakan selama 3 jam bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang. Kelas ini diadakan di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu dan disertai oleh seorang belia tempatan Lubok Antu. Kelas ini bertujuan untuk membekalkan kemahiran asas menggunakan Microsoft Excel. Selain itu, peserta juga memanfaatkan latihan yang diberi sebagai kemahiran asas untuk mencari peluang pekerjaan. Sepanjang kelas dijalankan, peserta telah mengenalpasti komponen yang terdapat di dalam Microsoft Excel, membuat dan mengubah suai data serta belajar memasukkan carta ke dalam Excel.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Tayangan video Klik Dengan Bijak.
  • Pengenalan kepada Microsoft Excel.
  • Bersurai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali