Kelas Asas Microsoft Excel

3 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat – 2 Ogos 2020, Pusat Internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas asas Microsoft Excel yang diadakan selama 2 jam bermula pada jam 1.00 petang hingga 3.00 petang. Kelas ini diadakan di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu dan disertai oleh 2 orang pelajar SMK Lubok Antu. Dalam kelas ini, peserta telah diajar cara menghasilkan APklasi Form menggunakan Microsoft Excel. Selain itu, peserta telah diajar memanfaatkan butang file iaitu customizer quick access toolbar.

Pada butang ini, peserta telah didedahkan dengan cara menambah butang developer pada toolbar sedia ada. Tambahan pula, butang lain yang dimanfaatkan adalah seperti visual basic, insert user form dan banyak lagi. Disamping itu, peserta juga digalakkan untuk mencari sumber rujukan menggunakan aplikasi youtube bagi memantapkan lagi kelas pada hari tersebut. Sebagai aktiviti tambahan, para peserta telah ditayangkan video Advokasi dan diberikan ceramah ringkas berkaitan dengan Check Your Label.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Tayangan video dan ceramah ringkas Klik Dengan Bijak (Maklumat Palsu).
  • Pengenalan kepada Microsoft Excel.
  • Latihan menggunakan Microsoft Excel
  • Bersurai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali