Kelas Asas Microsoft Excel

3 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat – 2 Ogos 2020, Pusat Internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas asas Microsoft Excel yang diadakan selama 2 jam bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Kelas ini diadakan di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu dan disertai oleh 2 orang pelajar SMK Lubok Antu.

Dalam kelas ini, peserta telah didedahkan dengan cara asas menghasilkan jadual menggunakan Microsoft Excel. Antara butang yang diketengahkan dalam kelas ini adalah seperti fungsi butang font color, fill color, merge, add sheet, rename sheet dan sebagainya. Sebagai aktiviti tambahan, para peserta telah ditayangakan video Klik Dengan Bijak iaitu video Maklumat Palsu dan diberikan ceramah ringkas berkaitan topik tersebut.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Tayangan video dan ceramah ringkas Klik Dengan Bijak (Maklumat Palsu).
  • Pengenalan kepada Microsoft Excel.
  • Latihan menggunakan Microsoft Excel
  • Bersurai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali