Kelas E-Learning (Canva)
16 September 2020 | Aktiviti Terkini
Pada Sabtu – 15 September 2020, Pusat Internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas E-learning pada jam 2.00 petang hingga 4.00 petang melalui video call WhatsApp. Kelas ini diadakan atas permintaan pelajar tingkatan 5 SMK Lubok Antu yang memerlukan bantuan dalam menyunting video bagi tujuan kerja kursus yang mereka jalankan. Kelas ini telah disertai oleh 4 orang pelajar tingkatan 5 SMK Lubok Antu.
Fokus utama kelas ini adalah bagi mendedahkan pelajar dengan cara penyuntingan video secara atas talian iaitu menggunakan aplikasi Canva. Dalam kelas ini, peserta telah diajar cara memuat naik video, memasukkan muzik, memasukkan tulisan serta memuat turun video yang telah siap disunting. Tambahan pula, para peserta juga mendapat bimbingan secara langsung melalui group WhatsApp bagi memudahkan proses pembelajaran dan bagi memastikan peserta memahami topik yang dipelajari. Sebagai aktiviti tambahan, peserta telah diberikan tayangan video dan ceramah ringkas Klik Dengan Bijak iaitu buli siber.
Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
- Pengenalan kepada asas penggunaan Canva
- Tutorial jenis demo dan reka bentuk
- Ceramah ringkas & tayangan video KDB
- Bersurai
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: