Kelas E-learning (Youtube) & DIY

16 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu – 15 Februari 2020, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas E-Learning dan DIY. Kelas ini telah disertai oleh 3 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Smk Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 1.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.

Kelas ini adalah bertujuan untuk mendedahkan peserta dengan fungsi lain youtube yang boleh dijadikan sumber rujukan kerana terdapat pelbagai tutorial yang bermanfaat telah dimuat naik ke dalam youtube. Selain itu, para peserta juga telah diarahkan untuk mencari tutorial DIY didalam youtube untuk membuat perhiasan menggunakan kertas. Kelas ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada peserta tenteng manfaat lain youtube di samping memperkembangkan lagi kreativiti dalam kalangan peserta.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Pengenalan kepada E-Learning (Youtube)
  • Penerangan tentang penggunaan Youtube dalam mencari tutorial yang bermanfaat
  • Latihan menggunakan Youtube dan DIY
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali