Kelas MS Powerpoint (Slide Design)

10 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad – 9 Februari 2020, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Asas Ms Powerpoint. Kelas ini telah disertai oleh 3 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Smk Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.

Kelas asas Ms Powerpoint adalah bertujuan untuk mendedahkan peserta dengan cara mereka bentuk slaid pembentangan yang menarik. Dalam kelas ini, antara fungsi yang telah diketengahkan adalah seperti insert shape, shape outline, copy paste, format background dan sebagainya. Namun, dalam kelas ini juga para peserta telah diajar cara mengeksplorasi kegunaan butang shape fill. Peserta telah diarahkan untuk mengisi bentuk yang telah dipilih menggunakan gambar yang dimuat turun secara langsung menggunakan butang online picture dalam MS Powerpoint. Tambahan pula, peserta juga telah diajar cara mengubah format gambar mengikut keperluan reka bentuk masing-masing. Disamping itu, peserta juga telah ditunjukkan cara memanfaatkan butang character spacing bagi memantapkan lagi tulisan yang telah disiapkan. Sebagai aktiviti tambahan, para peserta telah ditayangkan video dan diberikan ceramah ringkas Klik Dengan Bijak iaitu Buli siber.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Ceramah dan tayangan video KDB (Buli Siber)
2. Pengenalan kepada Ms Powepoint
3. Penerangan tentang penggunaan MS Powerpoint dalam menghasilkan Slide Design
4. Latihan menggunakan Powerpoint
5. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali