Kelas MS Word (Risalah)
9 Februari 2020 | Aktiviti Terkini
Pada Sabtu – 8 Februari 2020, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Ms Word. Kelas ini telah disertai oleh 3 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Smk Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.
Kelas asas Ms Word adalah bertujuan untuk membantu pelajar dalam memperkembangkan lagi penguasaan penggunaan Ms Word. Dalam kelas ini, para peserta telah diajar cara menghasilkan risalah bagi tujuan promosi perniagaan. Antara elemen yang diketengahkan dalam kelas ini adalah seperti penggunaan ribon insert, cara menentukan page layout contohnya pemilihan size, orientation dan margin yang tepat dalam menghasilkan risalah. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan penggunaan butang wordart, online picture, text box dan text effect serta format gambar seperti border dan effect. Sebagai aktiviti tambahan, para peserta telah ditayangkan video serta diberi ceramah ringkas Klik Dengan Bijak iaitu Maklumat Palsu.
Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Ceramah dan tayangan video KDB (Maklumat Palsu)
2. Pengenalan kepada Ms Word
3. Penerangan tentang penggunaan MS Word dalam menghasilkan risalah
4. Latihan menggunakan Ms Word oleh peserta
5. Bersurai
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: