Kelas E-learning (Google Crome)

5 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat – 4 Disember 2020, Pusat Internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas e-learning yang bermula pada jam 3.30 petang hingga 4.00 petang. Kelas ini bertempat di bilik latihan Pusat Internet Komuniti Lubok Antu dan dihadiri oleh 3 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Antu.

Kelas ini diadakan atas permintaan pelajar tingkatan 5 SMK Lubok Antu yang berkeperluan untuk menyiapakan tugasan persekolahan mereka. Dalam kelas ini, peserta telah di ajar cara memanfaatkan Google Crome untuk mencari maklumat yang lebih tepat dan dapat dijadikan rujukan. Selain itu, mereka juga diajar cara mencari mencari blog mahupun sumber rujukan dalam bentuk slaid mahupun berbentuk pdf. Tambahan pula, peserta juga telah didedahkan dengan cara menggunakan perpustakaan atas talian yang dapat membantu mereka mengumpulkan sumber rujukan yang diperlukan.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Pengenalan kepada Google Crome
  • Pendedahan daripada Pengurus PIK Lubok Antu tentang cara mencari maklumat atau rujukan yang tepat
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali