Kelas E-learning (Gmail)

5 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis – 4 Disember 2020, Pusat Internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas e-learning berkaitan dengan pembukaan akaun baru Gmail. Kelas tersebut bermula pada jam 2.00 petang hingga 2.30 petang. Kelas yang diadakan ini bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu dan dihadiri oleh tiga orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Antu.

Fokus utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan kepada golongan muda tentang kepentingan penggunaan e-mail dalam semua perkhidmatan seperti YouTube, media sosial dan lain-lain. Di samping itu juga, pelajar turut diberi pengetahuan tentang alamat email yang sesuai digunakan untuk tujuan sosial dan untuk urusan rasmi. Antara perkara yang diberi keutamaan ialah, para pelajar telah diajar bagaimana cara untuk membuka akaun e-mail sendiri menggunakan Gmail. Selain itu pelajar juga diperkenalkan dengan komponen-koponen yang terdapat di dalam Gmail. Sebagai tambahan pelajar turut diketengahkan dengan cara untuk menghantar e-mail kepada orang lain dan menggunakan perkhidmatan Google Meet dalam proses pembelajaran jarak jauh.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Pengenalan kepada Gmail
  • Pendaftaran akaun baru
  • Latihan untuk menghantar e-mail dan menggunakan Google Meet
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali