Ceramah Klik Dengan Bijak

30 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad – 29 November 2020, Pusat Internet Lubok Antu telah mengadakan Ceramah Klik Dengan Bijak iaitu Teknologi dan Anda melalui Facebook Live StreamYard. Ceramah ini telah bermula pada jam 1.30 petang hingga 2.00 petang.

Pada ceramah ini, Pengurus Pusat Internet Komuniti Lubok Antu telah berkongsi video dan slaid Teknologi dan Anda. Ceramah ini adalah bertujuan untuk berkongsi tentang kegunaan dan sejarah internet. Selain itu, dalam ceramah ini juga para peserta telah didedahkan dengan cara mengakses internet, pemberi perkhidmatan dalam Malaysia dan contoh kenali sistem pemancar. Tambahan pula, peserta juga telah di terangkan dengan antara punca-punca halangan liputan. Sebagai penutup, peserta telah di dedahkan dengan tip-tip penggunaan internet dan sedikit perkongisan berkaitan dengan teknologi 4.0.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Tayangan video KDB (Penipuan Internet & Berkongsi Secara Berlebihan)
  • Pengenalan dan ceramah Teknologi dan Anda
  • Perkongsian ringkas Pengurus PIK Lubok Antu tentang teknologi 4.0
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali