Kelas Asas ICT Microsoft PowerPoint (Kalendar)

29 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu – 28 November 2020, Pusat Internet Komuniti Lubok Antu telah mengadakan satu sesi Facebook Live di Page Rasmi Pusat Internet Komuniti Lubok Antu. Kelas tersebut telah dihadiri seramai 18 orang peserta di sekitar kawasan Lubok Antu.

Pada kelas kali ini, staff PIK Lubok Antu memfokuskan kepada asas ICT menggunakan platform Microsoft PowerPoint dengan topik bagaimana cara untuk membuat kalendar sendiri. Antara objektif pembelajarannya ialah menggalakkan peserta untuk membuat table, memasukkan text box, mengedit gambar, simbol dan perkataan. Sepanjang kelas berlangsung, peserta telah diperkenalkan dengan pelbagai contoh kreativiti untuk menghasil kalendar mereka sendiri dan rekaan tidak hanya terhad kepada apa yang telah diajar semasa sesi live tersebut. Selain itu, pihak kami juga berharap peserta dapat memanfaatkan live tersebut untuk membuat latihan kendiri di rumah atau secara dalam talian.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Pengenalan
  • Memperkenalkan pelbagai rekaan kalendar
  • Cara untuk membuat kalendar
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali