Berita PIK 27 Disember 2020 - Microsoft Word-Letterhead

28 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad – 31 Disember 2020, telah berlangsungnya kelas Microsoft Word yang diadakan di Facebook page Pusat Internet Komuniti Lubok Antu. Kelas tersebut telah diadakan selama 1 jam iaitu bermula pada pukul 11:00 pagi hingga 12:00 tengah hari. Topik pembelajaran yang difokuskan pada kali ini ialah berkenaan dengan Letterhead. Kelas tersebut telah dihadiri seramai 9 orang ahli Pusat Internet Komuniti Lubok Antu.

Antara objektif pembelajaran untuk kelas kali ini ialah membekalkan kemahiran asas menggunakan Microsoft Word. Selain daripada itu, pelajar turut mengenalpasti tujuan Letterhead dalam surat-menyurat rasmi dan mempelajari komponen yang terdapat dalam Letterhead. Di samping itu, latihan menggunakan Microsoft Word untuk membuat letterhead juga turut diajari sepanjang kelas tersebut berlangsung. Pihak PIK Lubok Antu berharap kelas ini dapat memanfaatkan penduduk Lubok Antu sebagai rujukan mereka untuk membuat latihan sendiri di rumah terutamanya untuk membuat surat rasmi kepada jabatan atau agensi.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Pengenalan kepada Letterhead
  • Mengenalpasti tujuan Letterhead dalam surat-menyurat rasmi
  • Mempelajari komponen yang terdapat dalam Letterhead
  • Latihan menggunakan Microsoft Word untuk membuat letterhead
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali