Ceramah Hak & Tanggungjawab Warga Digital
24 Disember 2020 | Aktiviti Terkini
Pada Rabu – 23 Disember 2020, Pusat Internet Komuniti Lubok Antu telah mengadakan Facebok live dengan topik hak dan tanggungjawab warga digital. Program tersebut telah diadakan pada jam 11.00 pagi hingga 11.30 pagi. Program kali ini dihadiri seramai 13 orang peserta dari sekitar kawasan Lubok Antu.
Sepanjang ceramah tersebut, peserta telah diperkenalkan serba sedikit dengan latar belakang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia seperti fungsi dan peranan mereka dalam industri tersebut. Selain daripada itu, peserta turut diberi penerangan tentang jenayah-jenayah siber yang seringkali terjadi di kalangan rakyat Malaysia terutamnya di masa musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menunjukkan peningkatan jumlah kes.
Di samping itu juga, peserta turut diberi maklumat tentang agensi yang berkaitan dalam kawalan seliaan. Peserta berpeluang mengetahui agensi mana yang sesuai untuk membuat laporan berkaitan dengan permasalahan yang dihadapi di alam siber. Sebagai tambahan, peserta diperkenalkan dengan perundangan, medium dan contoh situasi yang boleh menyebabkan warga digital menjadi mangsa jenayah alam siber. Sebagai penutup, staff PIK Lubok Antu telah memberikan beberapa tip yang boleh megelakkan diri dari menjadi mangsa di rangkaian siber atau internet.
Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
- Pengenalan kepada hak & tanggungjawab warga digital
- Ceramah jenayah siber
- Bersurai
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: