Kelas Asas Microsoft Publisher (Live StreamYard)

23 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Selasa – 22 Disember 2020, Pusat Internet Komuniti Lubok Antu telah mengadakan Kelas asas Microsoft Publisher yang bermula pada jam 3.00 petang hingga 4.00 petang. Kelas tersebut diadakan menggunakan Live Stream Yard pada Facebook Pages Pusat Internet Lubok Antu.

Kelas yang diadakan ini adalah bagi memberikan pendedahan kepada peserta, khususnya komuniti sekitar Lubok Antu tentang bagaimana cara menghasilkan poster menggunakan Microsoft Publisher. Antara aspek yang diketengahkan dalam kelas ini adalah seperti cara menggunakan simbol, memanfaatkan font, insert, draw text box, pages design, wordArt dan sebagainya. Kesimpulannya, kelas ini diharapkan dapat membantu memberi idea serta menjadi sumber rujukan untuk komuniti yang ingin menghasilkan poster terutamanya yang berkaitan dengan jualan akhir tahun.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Pengenalan ringkas kepada Microsoft Publisher
  • Sesi kelas Microsoft Publisher
  • Perkongsian tentang cara menyimpan hasil penyuntingan menggunakan Ms Publisher dalam bentuk PNG
  • Perkongsian tentang cara emotong bentuk poster menggunakan Paint
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali