Ceramah Advokasi Check Your Label & Mobile E-Waste

15 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Isnin – 14 Disember 2020, Pusat Internet Lubok Antu telah mengadakan Ceramah Check Your Label (CYL) dan E-Sisa melalui Facebook Live StreamYard. Ceramah ini telah bermula pada jam 3.00 petang hingga 3.30 petang.

Pada ceramah kali ini, Pengurus Pusat Internet Komuniti Lubok Antu telah mengetengahkan slaid serta video pendek berkaitan dengan CYL dan Mobile E-Sisa. Selain itu, peserta juga telah diterangkan secara ringkas berkaitan dengan topik yang diketengahkan. Di samping itu, bagi topik CYL peserta telah diberikan contoh peralatan atau gajet yang memerlukan kelulusan dari pihak MCMC mahupun SIRIM. Sebagai penutupan, peserta juga telah diberikan informasi tentang cara menghantar E-Sisa kepada Pusat Internet Komuniti Lubok Antu.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Tayangan video Check Your Label
  • Ceramah ringkas tentang Check Your Label
  • Ceramah ringkas tentang E-Sisa
  • Tayangan video E-Sisa
  • Perkongsian tentang kotak E-Sisa yang disediakan di PIK Lubok Antu
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali