Program Keusahawanan PIK Lubok Antu (StreamYard) & Kelas Asas Solekan

12 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat – 11 Disember 2020, Pusat Internet Komuniti Lubok Antu telah mengadakan Facebok live keusahawanan menggunakan aplikasi StreamYard dan Kelas Asas Solekan. Program tersebut telah diadakan pada jam 1.00 petang hingga 3.00 petang. Selaras dengan Norma baru, pihak PIK Lubok Antu telah membantu para usahawan terutamanya dalam kawasan Lubok Antu untuk mempromosikan produk jualan dan perkhidmatan mereka secara dalam talian.

Usahawan yang diketengahkan pada kali ini ialah Puan Jacqueline Mitchell Anak Sirai yang berasal daripada RH. Sunok Nanga Teliting, Lubok Antu. Beliau menyediakan perkhidmatan solekan yang merangkumi pelbagai jenis solekan salah satunya adalah solekan pengantin. Di samping itu, cara menghubungi Puan Jacqueline sekiranya berminat menggunakan perkhidmatan beliau telah dinyatakan iaitu boleh mengunjungi laman Faceboom peribadi mahupun Facebook Pages beliau. Tambahan pula, Puan Jacqueline telah berkongsi cara menghasilkan asas solekan pada live tersebut.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Pengenalan kepada usahawan Puan Jacqueline Mitchell Anak Sirai
  • Memberi maklumat tentang cara menghubungi Puan Jacqueline
  • Perkongsian Asas Solekan daripada Puan Jacqueline
  • Sesi soal jawap antara usahawan dan staf PIK Lubok Antu
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali