Kelas MS Powerpoint (Animation Multiple Pages)

2 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad – 1 Mac 2020, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Asas Ms Powerpoint. Kelas ini telah disertai oleh 4 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Smk Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.

Kelas asas Ms Powerpoint adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan cara menghasilkan animation multiple pages dalam satu slaid pembentangan. Dalam kelas ini, para pelajar dibimbing untuk menghasilkan sebuah slaid pembentangan yang kreatif dan menarik. Antara ribon yang dimanfaatkan pada kelas ini adalah seperti ribon layout, shape styles, WordArt, font, insert picture dan online picture, rotate, picture effect dan format. Selain itu, dalam kelas ini juga para pelajar telah diajar cara membuat format group bagi latar belakang, gambar dan tulisan bagi memudahkan proses pemindahan slaid. Tambahan pula, setelah siap menghasilkan slaid satu persatu, para pelajar disuruh untuk mengabungkan setiap slaid menjadi satu. Selepas itu, para pelajar ditunjukkan dengan cara menghasilkan animasi pada slaid yang telah digabungkan. Kelas ini diharapkan dapat membantu pelajar mengembangkan idea dalam menghasilkan slaid pembentangan yang lebih kreatif.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Pengenalan kepada Ms Powepoint
2. Penerangan tentang penggunaan MS Powerpoint dalam menghasilkan slaid pembentangan
3. Latihan menggunakan Powerpoint
4. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali