Kelas Keusahawanan (Zero To Basic – Eyebrow)

2 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu – 1 Februari 2020, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas keusahawanan iaitu Kelas Asas Eyebrow Zero to Basic bersama dengan 17 orang peserta yang terdiri daripada komuniti sekitar Lubok Antu. Kelas ini dikendalikan sepenuhnya oleh staff Pusat Lubok Antu sendiri. Kelas ini diadakan pada jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.

Tujuan kelas ini dianjurkan adalah untuk memberi latihan kepada komuniti yang berminat dalam bidang keusahawanan make-up sekaligus melahirkan lebih ramai golongan komuniti yang menceburi bidang keusahawanan solekan di Lubok Antu. Selain itu, kelas ini turut membantu golongan wanita khasnya yang berminat untuk mempelajari solekan sama ada dengan tujuan peribadi atau ingin menceburi bidang keusahawanan. Kelas ini dilihat mampu menambahkan serta meningkatkan kreativiti seseorang peserta. Disamping itu, kelas ini memberi kesedaran dan peluang kepada golongan suri rumah untuk menjana pendapatan menerusi bidang keusawahanan solekan ini. Program seperti ini juga bukan sahaja mampu melahirkan lebih ramai usahawan malah dapat membantu golongan suri rumah khasnya dalam menjana pendapatan mereka sendiri.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa program keusahawanan:
1) Pendaftaran Peserta
2) Penerangan tentang pemilihan jenis pensil eyebrow
3) Penerangan terperinci cara membuat eyebrow
4) Praktikal Solekan bertemakan ‘dinner’
5) Penyampaian Sijil dan Hadiah kepada Peserta Terbaik
6) Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali