Kelas Asas Microsoft Words-Surat Rasmi Minggu Pertama

4 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Selasa 3 September 2019, Pusat internet Lubok Antu berkerjasama dengan Pusat Internet Engkilili telah mengadakan Kelas membuat surat rasmi dengan penggunaan Microsoft Office iaitu Microsoft Words. Seramai 7 orang pelajar SMK Engkilili menyertai kelas tersebut. Kelas ini diadakan pada jam 1.30 petang hingga 4.30 petang di bilik latihan Pusat Internet Engkilili.

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan lagi penggunaan Microsoft Words dalam kalangan belia. Selain itu, kelas juga ini diadakan bagi memberikan latihan ICT secara berterusan kepada komuniti sekitar. Pelajar didedahkan dengan fungsi ribbon dalam Microsoft Word untuk menghasilkan surat rasmi dengan lebih terperinci.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Pengenalan kepada Microsoft Word
  • Latihan mengunakan Microsoft Word – Surat Rasmi
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali