Kelas Membuat Resume (MS Word)

13 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis – 12 Disember 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas membuat resume menggunakan MS Word bersama belia dari sekitar Lubok Antu. Seramai 2 orang peserta yang menyertai kelas tersebut. Kelas ini diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.

Kelas ini bertujuan untuk mengajar dan mendedahkan kepentingan resume dalam mencari kerjaya kepada para belia. Dalam kelas ini para peserta telah diajar cara membuat resume dengan mudah menggunakanMS Word. Para peserta juga turut didedahkan elemen-elemen penting yang perlu dimasukkan dalam resume seperti latar belakang pendidikan, kemahiran, rujukan, pengalaman bekerja dan lain-lain lagi.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Pengenalan kepada resume
  • Pendedahan membuat resume menggunakan MS Word
  • Latihan (Para peserta membuat resume sendiri dengan bimbingan staff PIM)
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali