Kelas Asas ICT (MS Word)

22 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad – 21 Disember 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu kelas MS Word bersama pelajar dari sekitar Lubok Antu. Seramai 3 orang pelajar yang menyertai kelas MS Word ini. Kelas ini diadakan selama 3 jam iaitu dari jam 13.00 pagi hingga 17.00 petang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Lubok Antu.

Kelas ini diadakan bagi mendedahkan para peserta dengan cara menghasilkan carta pai menggunakan Ms Word. Selain itu, para peserta telah diajar cara mengisi data ke dalam carta pai. Peserta juga telah diajar cara menukar warna carta dan menukar jenis carta pai. Tambahan pula, para peserta telah didedahkan dengan cara menukar warna, font dan saiz tulisan. Kelas ini diharapkan bermanfaat kepada peserta khususnya kepada pelajar yang akan terlibat dengan pembuatan kerja kursus tahun hadapan.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Pengenalan kepada MS Word
  • Latihan menggunakan MS Word (Carta Pai)
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali