E-Commerce (Sarawak Pay) & Ceramah KDB Minggu Ketiga

17 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Jun 2019 Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan bengkel E-Commerce pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di bilik latihan PI Lubok Antu. Bengkel ini telah dihadiri seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada belia sekitar Lubok Antu.Bengkel ini adalah bertujuan untuk mendedahkan para peserta dengan penggunaan laman web Sarawak Pay yang dapat memudahkan urusan pembayaran bil.

Para peserta telah diajar mendaftar di Sarawak Pay, menukar kata laluan, imbas dan bayar menggunakan kod QR dan sebagainya. Peserta juga telah didedahkan dengan cara menyemak pembayaran yang telah berjaya dilakukan. Sebagai aktiviti tambahan, para peserta telah diberikan taklimat ringkas tentang KDB serta ditayangkan video penipuan internet. Ceramah ini adalah bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang bahaya penipuan internet yang berlaku pada masa kini dan mendedahkan peserta dengan tindakan yang perlu diambil sekiranya menjadi mangsa penipuan internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali