Program Smart ICT Bersama Belia Minggu Keempat

28 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Rabu - 27 Mac 2019, Pusat internet Lubok Antu kerjasama bersama Pusat Internet Engkilili telah menganjurkan program Smart ICT bersama komuniti iaitu bersama belia. Program ini telah dihadiri seramai 27 orang peserta yang terdiri daripada belia dari kawasan Lubok Antu dan Engkilili. Program ini bermula jam 8.00 pagi hingga 2.30 petang di Pusat Internet Engkilili. Program ini bertujuan mensasarkan 20 penyertaan dari setiap program yang akan dilaksanakan dari komuniti sekitar Engkilili dan Lubok Antu disamping menggalakkan penyertaan golongan belia sekitar Engkilili dan Lubok Antu dalam aktiviti ICT yang diadakan di PI Engkilili dan PI Lubok Antu.

Memberi pendedahan kepada peserta menerusi kempen Advokasi dan Klik Dengan Bijak mengenai penyalahgunaan internet di kalangan belia melalui ceramah dan tayangan video.Pusat Internet Engkilili dan Pusat Internet Lubok Antu telah menjemput Penceramah dari Jabatan Tenaga Kerja bahagian Sri Aman untuk mengadakan ceramah kerjaya dan bengkel Jobsmalaysia untuk membantu golongan belia menambahkan lagi ilmu pengetahuan sedia ada untuk mengharungi bidang kerjaya di masa akan datang dan memberikan gambaran awal tentang keperluan semasa menjalani temu duga. Peserta telah didedahkan dengan teknik fotografi dan menyunting gambar menggunakan aplikasi yang sedia ada di telefon pintar atau komputer. Disamping itu, pertandingaan Tempat menarik di “Engkilili” dan “Lubok Antu” turut diadakan.

Antara butiran aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah seperti berikut :

  • Sesi pendaftaran.
  • Taklimat program ICT bersama Belia.
  • Ceramah kerjaya bersama Encik Clinton Avester dari Pejabat Tenaga Kerja Sri Aman.
  • Sesi teknik fotografi bersama Puan Laura,Penolong Pengurus PI Lubok Antu.
  • Taklimat program advokasi.
  • Pertandingan fotografi.
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali