Program Smart ICT bersama Usahawan Minggu Kedua

17 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Mac 2019, Pusat Internet Lubok Antu gabungan bersama Pusat Internet Engkilili telah mengadakan Program Smart ICT bersama Komuniti bersama usahawan – usahawan di Lubok Antu dan Engkilili .Program ini bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 5.00 tengahari bertempat Pusat Internet Lubok Antu. Program ini dihadiri seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada usahawan-usahawan di kawasan Lubok Antu dan Engkilili. Program Smart ICT ini bertujuan untuk merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dengan luar bandar dengan membantu memberikan latihan ICT sepert kemahiran asas fotografi, membantu peserta dalam menghasilkan logo dan laman perniagaan menggunakan facebook mereka.

Selain itu mereka juga diperkenalkan perniagaan berasaskan E commerce. Dengan peluang ini,peserta diperkenalkan Pusat Internet serta program dan aktiviti yang diadakan di Pusat Internet.Peserta juga deperkenalkan dengan program advokasi dan klik dengan bijak dimana taklimat disampaikan oleh Puan Laura sebagai Pengurus Pusat Internet Lubok Antu. Kelebihan dan kebaikan yang peserta dapat melalui program ini seperti, Peserta berpeluang mempelajari cara menghasilkan logo perniagaan masing-masing dan mengenali cara penggunaan warna bagi menentukan warna logo masing-masing.Peserta juga menghasilkan halaman perniagaan untuk perniagaan mereka dan akhir sekali, mereka didedahkan dengan peluang perniagaan melalui laman web perniagaan atau e-dagang bagi meningkatkan pendapatan dan meluaskan perniagaan mereka.

Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang program adalah seperti berikut :

  • Pendaftaran peserta di Pusat Internet Lubok Antu
  • Sesi Pengenalan Program Smart ICT bersama Pengurus PI Lubok Antu serta taklimat ringkas program advokasi dan klik dengan bijak.
  • Asas Fotografi bersama Pengurus PI Lubok Antu
  • Rehat/Minum pagi
  • Menghasilkan logo perniagaan menggunakan aplikasi Photoscape bersama Pengurus PI Engkilili
  • Rehat (Makan tengahari)
  • Facebook page bersama Penolong pengurus PI Engkilili
  • Laman web perniagaan atau E-dagang dan E-commerce bersama Penolong Pengurus PI Lubok Antu.
  • Bersurai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali