Kelas E-Learning (Shopee)

11 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad – 10 November 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas E-Learning iaitu kelas Shopee bersama belia dari sekitar Lubok Antu. Seramai 2 orang peserta yang menyertai kelas tersebut. Kelas ini diadakan pada jam 1.30 petang hingga 4.30 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu. Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan belia dengan penggunaan aplikasi Shopee untuk membuat penjualan dan pembelian secara online. Dalam kelas ini para peserta telah diajar cara membuka akaun baru atau akaun yang sedia ada menggunakan destop.

Di samping itu, para peserta juga telah diajar cara membuat pembayaran secara online iaitu menggunakan Maybank2u dan Cimbclik. Selain itu, para peserta juga telah diajar cara melihat sejarah pembelian dan cara menyemak maklumat penghantaran. Tambahan pula, para peserta juga ditunjukkan cara menghubungi pihak penjual sekiranya terdapat sebarang permasalahan terhadap barang yang mereka beli. Melalui kelas ini, para peserta telah dibantu dalam cara menggunakan aplikasi online.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali