Kelas Pengenalan Kepada ICT (Penyelenggaraan Komputer)

23 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad – 22 September 2019, Pusat internet Lubok Antu bekerjasama dengan Pusat Internet Engkilili telah mengadakan Kelas Pengenalan Kepada ICT – Penyelenggaraan Komputer. Seramai 9 orang peserta menghadiri kelas tersebut merupakan pelajar di sekitar kawasan Engkilili. Kelas ini diadakan pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di bilik latihan Pusat Internet Engkilili.

Tujuan kelas ini diadakan adalah bagi memperkenalkan komponen-komponen utama komputer dalam kalangan belia sekitar Engkilili. Dalam kelas ini juga di ajar cara mengendalikan komputer. Selain itu, para peserta juga turut didedahkan kepentingan menjaga kebersihan komputer dan sekaligus di ajar cara membersihkan komputer dengan betul.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Pengenalan kepada kepentingan Kebersihan Komputer
  • Pengenalan kepada Komponen utama Komputer
  • Cara menyelenggarakan komputer dengan betul
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali