Kelas Asas ICT (Microsoft Publisher)

16 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad – 15 Disember 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Asas Ict iaitu kelas MS Publisher dengan berfokuskan penghasilan kulit depan majalah. Kelas ini disertai 4 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar sekitar Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.

Kelas ini bertujuan bagi membekalkan kemahiran Ict dalam kalangan para peserta. Dalam kelas ini juga, peserta telah didedahkan dengan penggunaan Microsoft Publisher dalam penghasilan kulit majalah. Disamping itu, peserta telah digalakkan mengeksplorasi manfaat butang text box, shape, word art dan juga menukar background mengikut kreativiti masing-masing.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Pengenalan kepada Ms Publisher
  • Latihan Menghasilkan Kulit Majalah
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali