E-learning (Proprofs.com) Minggu Ketiga
23 Jun 2019 | Aktiviti Terkini
Pada Ahad – 22 Jun 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas E-Learning menggunakan aplikasi Proprofs.com. Kelas ini telah dihadiri seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada belia sekitar Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 2.00 petang hingga 4.00 petang di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.
Dalam kelas ini, para peserta telah didedahkan dengan aplikasi Proprofs yang boleh dimanfaat oleh para peserta untuk mengkaji pelajaran pada masa akan datang. Hal ini kerana aplikasi ini membolehkan pengguna membuat sendiri permainan mengikut keperluan masing-masing. Dengan menggunakan aplikasi ini, proses ulang kaji boleh dilakukan dengan lebih mudah dan tidak membosankan. Tambahan pula, para peserta telah diberikan taklimat serta tayangan video klik Dengan Bijak dan Advokasi iaitu maklumat palsu. Selain itu,
Antara aktiviti dan latihan yang diadakan sepanjang kelas adalah seperti berikut:
- Tayangan video KDB & Advokasi–Maklumat Palsu
- Taklimat ringkas video KDB & Advokasi –Maklumat Palsu
- Membuat ulang kaji menggunakan Proprofs.com
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: