Program Smart ICT bersama Ketua Masyarakat Lubok Antu Minggu ketiga

24 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Februari 2019, Pusat Internet Lubok Antu gabungan bersama Pusat Internet Engkilili telah mengadakan Program Smart ICT bersama Komuniti iaitu bersama Ketua-ketua Masyarakat bagi bahagian Lubok Antu.Program ini bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengahari bertempat Pusat Internet Lubok Antu. Program ini dihadiri seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada Tuai-Tuai Rumah di kawasan Lubok Antu.Program Smart ICT ini bertujuan untuk membantu memberikan kemahiran asas ICT kepada ketua masyarakat yang mengikuti program Smart ICT di sekitar Lubok Antu.

Selain itu juga,Program advokasi telah diperkenalkan kepada peserta bagi mendedahkan tentang keselamatan dan tanggungjawab sebagai pengguna internet dan media sosial.Antara isu program advokasi yang didedahkan adalah penggunaan internet dan media sosial,peranan ibu bapa dan penjaga,jenayah siber dan hak,tanggungjawab dan perlindungan pengguna.Selain itu,program ini bertujuan untuk merapatkan jurang digital diantara komuniti di samping memperkenalkan fungsi Pusat Internet,program dan aktiviti-aktiviti yang diadakan di Pusat Internet Lubok Antu.Program ditunda dan akan disambung dengan Program Smart ICT bersama Belia di Pusat Internet Engkilili pada bulan Mac.

Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang program adalah seperti berikut :

  • Pendaftaran peserta di Pusat Internet Lubok Antu.
  • Sesi Pengenalan Program Smart ICT bersama Pengurus,Laura anak Jantan.
  • Ceramah Advokasi bersama Penolong Pengurus Lubok Antu,Cynthia anak Grang.
  • empelajari dan menghasilkan format Surat rasmi.
  • Rehat/Minum pagi
  • Mempelajari format penulisan minit mesyuarat.
  • Sesi bergambar.
  • Makan tengahari/Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali