Kelas Pengenalan Kepada ICT (Komponen Komputer)

9 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad – 8 September 2019, Pusat internet Lubok Antu bekerjasama dengan Pusat Internet Engkilili telah mengadakan Kelas Pengenalan Kepada ICT – Komponen Komputer. Kelas ini telah dihadiri seramai 6 orang peserta yang terdiri daripada pelajar di sekitar kawasan Engkilili. Kelas ini diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di bilik latihan Pusat Internet Engkilili.

Tujuan kelas ini diadakan adalah bagi memperkenalkan komponen-komponen komputer dalam kalangan belia sekitar Engkilili. Dalam kelas ini juga para peserta turut didedahkan dengan Program Klik Dengan Bijak. Hal ini adalah bagi menambahkan lagi pengetahuan sedia ada terhadap komponen-komponen komputer sekaligus mempelajari Klik Dengan Bijak secara berterusan.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • 1. Taklimat Klik Dengan Bijak
  • Pengenalan kepada Komponen Komputer
  • Kuiz mengenal pasti komponen komputer dalam kalangan peserta
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali