Kelas Asas Microsoft Office (Word) Minggu Keempat

29 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Jun 2019, Pusat Internet Lubok Antu telah mengadakan kelas Microsoft Office (Word). Kelas ini bermula pada jam 1.00 petang sehingga 5.00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu. Program ini dihadiri seramai 6 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekitar Lubok Antu. Dalam kelas ini, para peserta telah didedahkan dengan Microsoft Word yang bermanfaat dalam melakukan laporan mahupun tugasan sekolah.

Peserta juga telah diajar cara menaip dan diperkenalkan setiap fungsi ribon yang terdapat dalam Microsoft Word. Selain itu, kuiz menggunakan aplikasi Typing Speed Test telah diadakan bagi memantapkan lagi penguasaan peserta terhadap papan kekunci komputer. Sebagai aktiviti tambahan, para peserta telah diberikan taklimat ringkas tentang klik Dengan Bijak dan Advokasi serta ditayangkan video Cybergrooming.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali