Kelas Asas Microsoft Office (Word) Minggu Keempat

29 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Jun 2019, Pusat Internet Lubok Antu telah mengadakan kelas Microsoft Office (Word).Program ini bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu. Program ini dihadiri seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada Tuai Rumah, Setiausaha JKKK, Pengerusi Gerempong Indu Nanga Teliting serta belia sekitar Lubok Antu.

Kelas ini bertujuan untuk memberikan kemahiran asas ICT kepada komuniti sekitar Lubok Antu tanpa mengira usia. Dalam kelas ini, para peserta telah didedahkan dengan format penulisan surat rasmi dan minit mesyuarat. Hal ini bagi memenuhi keperluan ahli jawatan kuasa Nanga Teliting yang perlu menghantar laporan aktiviti semasa kampung tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali