Kelas Microsoft Office (Word) Minggu Ketiga

23 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad – 22 Jun 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Microsoft Office iaitu Microsoft Word. Kelas ini telah dihadiri seramai 3 orang peserta yang terdiri daripada belia sekitar Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 petang di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.

Pada kelas ini,peserta mempelajari cara membuat peta minda menggunakan Ms Word. Dalam kelas ini para peserta telah didedahkan dengan penggunaan SmartArt dan Shapes. Para peserta digalakkan untuk menghasilkan peta minda mengikut kretiviti masing-masing. Selain itu, para peserta juga telah diajar cara memuat turun gambar sama ada terus melalui google mahupun menggunakan Online Picture yang sedia ada didalam Ms Word. Sebagai aktiviti tambahan semasa kelas ini, para peserta telah ditayangankan video Klik Dengan Bijak dan Advokasi iaitu Cybergrooming dan telah diberikan taklimat ringkas mengenai video tersebut.

Antara aktiviti dan latihan yang diadakan sepanjang kelas adalah seperti berikut:

  • Tayangan video KDB & Advokasi –Cybergrooming
  • Taklimat ringkas video KDB & Advokasi – Cybergrooming
  • Menghasilkan peta minda menggunakan SmartArt dan Shapes
  • Memuat turun gambar untuk menghasilkan peta minda yang lebih kreatif & menarik

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali