Kelas Microsoft Office (Word) Minggu Ketiga

15 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad – 14 Julai 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Microsoft Office iaitu Microsoft Word. Kelas ini telah dihadiri seramai 9 orang peserta yang terdiri daripada pelajar di sekitar kawasan Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.

Tujuan kelas ini diadakan adalah bagi membantu para peserta memantapkan kemahiran menggunakan Ms Office terutamanya Ms Word. Dalam kelas ini, para peserta telah diarahkan untuk mengeksplorasi kegunaan Ms Word terutamanya shape dan shape fill. Hal ini adalah bagi mengasah kreativiti para peserta. Di samping itu, kelas ini juga adalah bagi mendedahkan para peserta dengan fungsi lain dan benda yang boleh dilakukan menggunakan Ms Word. Sebagai aktiviti tambahan, para peserta telah diberikan taklimat ringkas Klik Dengan Bijak dan tayangan video cyber gromming.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Taklimat dan tayangan video KDB & Advokasi (Cyber Gromming)
  • Pengenalan kepada Ms Word
  • Latihan menggunakan Ms Word
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali