Kelas Microsoft Office (Word) Minggu Pertama
8 Julai 2019 | Aktiviti Terkini
Pada Ahad – 7 Julai 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Microsoft Office iaitu Microsoft Publisher. Kelas ini telah dihadiri seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada belia dan pelajar di sekitar kawasan Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 1.00 petang hingga 5.00 petang di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.
Tujuan kelas ini diadakan adalah bagi memantapkan kemahiran menggunakan Microsoft Office terutamanya Ms Word dalam kalangan belia sekitar Lubok Antu. Dalam kelas ini para peserta telah diajar cara menghasilkan logo menggunakan Ms Word. Hal ini adalah bagi mengalakkan para peserta mengeksplorasi keggunaan Ms Word dalam kegiatan seharian. Peserta telah memanfaatkan kegunaan butang shape, shape fill, shape outline dan effect. Namun demikian, para peserta juga memanfaatkan fungsi font bagi mempercantikkan lagi logo yang dihasilkan. Sebagai aktiviti tambahan, para peserta telah diberikan taklimat ringkas Klik Dengan Bijak dan tayangan video hendap siber.
Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
- Taklimat dan tayangan video KDB & Advokasi (Hendap Siber)
- Pengenalan kepada Ms Word
- Asas Penggunaan Ms Word – Design Logo
- Latihan menggunakan Ms Publisher - Font, shape, shape fill, shape outline dan effect
- Bersurai
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: