Kelas Microsoft Office (Publisher) Minggu Pertama
7 Julai 2019 | Aktiviti Terkini
Pada Sabtu – 6 Julai 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Microsoft Office iaitu Microsoft Publisher. Kelas ini telah dihadiri seramai 3 orang peserta yang terdiri daripada belia di sekitar kawasan Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 1.00 petang hingga 5.00 petang di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.
Tujuan kelas ini diadakan adalah bagi mendedahkan para peserta dengan cara menghasilkan kad jemputan menggunakan Microsoft Publisher. Dalam kelas ini para peserta telah didedahkan dengan penggunaan font tulisan untuk menghasilkan tulisan yang menarik dan penggunaan draw text box bagi menaip tulisan. Selain itu, para peserta juga telah diajarkan cara memanfaatkan ribon insert untuk menghasilkan kad ucapan yang lebih menarik. Para peserta juga telah didedahkan dengan fungsi save as untuk menyimpan kad yang dihasilkan. Sebagai aktiviti tambahan, para peserta telah diberikan taklimat ringkas KDB & Advokasi dan ditayangkan video bahaya terlebih kongsi.
Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
- Taklimat dan tayangan video KDB & Advokasi (Bahaya Terlebih Kongsi)
- Pengenalan kepada Ms Publisher
- Asas Penggunaan Ms Publisher – Template kad jemputan
- Latihan menggunakan Ms Publisher - Font, Draw Text box, Insert dan Save as
- Bersurai
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: