Kelas Microsoft Office (Powerpoint) Minggu Kedua

13 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat – 12 Julai 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Microsoft Office iaitu Microsoft Powerpoint. Kelas ini telah dihadiri seramai 7 orang peserta yang terdiri daripada pelajar di sekitar kawasan Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 1.00 petang hingga 5.00 petang di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.

Tujuan kelas ini diadakan adalah bagi memantapkan kemahiran menggunakan Microsoft Office terutamanya Ms Powerpoint dalam kalangan belia sekitar Lubok Antu. Selain itu, para peserta telah diajar cara menghasilkan animasi menggunakan Ms Powerpoint. Dalam kelas ini, peserta telah didedahkan dengan cara manfaatkan kegunaan butang insert, picture, shape fill dan animation. Sebagai aktiviti tambahan, para peserta telah diberikan taklimat ringkas Klik Dengan Bijak dan tayangan video maklumat palsu.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Taklimat dan tayangan video KDB & Advokasi (Maklumat Palsu)
  • Pengenalan kepada Ms Powerpoint
  • Asas Penggunaan Ms Powerpoint – Animasi
  • Latihan menggunakan Ms Publisher - insert, picture, shape fill dan animation
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali